satu isu adalah berkenaan dengan bang mat dibenarkan untuk berkahwin 4.ianya menjadi satu isu kerana asas kepada beliau dibenarkan untuk berkahwin 4 adalah kebenaran dalam Islam untuk seseorang lelaki beristeri lebih daripada satu iaitu Poligami.
isu yang satu lagi adalah berkenaan dengan bekas timb. perdana menteri, DSAI. satu tanda soal yang berlegar2 di minda adalah samada akan tiba satu hari lagi di mana penuntut2 jurusan undang2 akan berbincang berkenaan dengan kes terbaru DSAI di dalam subjek Law of Evidence yang akan dilaporkan didalam edisi tahun 2008 atau seterusnya akan intipati2 undang Evidence yang tidak ditepati seperti yang terdapat dalam buku2 berbaur akademik di peringkat universiti. sememangnya alasan yang diberikan adalah kerana undeng2(slanga allahyarham P.Ramlee(al-fatihah)) yang dipraktikkan adalah berbeza secara total jika dibandingkan dengan bahagian teorinya atau akademiknya.pelik bukan?tidakkah seseorang itu mendapat ijazah undeng2 nya berdasarkan kemajuan dan kefahaman akademik yan diterapkan secara telus di peringkat universiti2 kita sehingga melahirkan para2 graduan yang menagihkan arahan dan suruhan sehingga tidak mampu berdiri di bumi sendiri(ok, mungkin ianya terlalu kasar untuk saya berkata begitu).
apa yang membuntui saya pada ketika ini adalah statement yang diberikan oleh Ezam. ianya seolah2 ingin membuktikan lagi apa yang semestinya sudah nyata iaitu bahawa sememangnya terdapat pihak yang mungkin desperate atau gusar melihat DSAI semakin lantang memberikan pendapat. pada saya biarkan rakyat yang menentukan. kita tidak seharusnya akur dan/atau mengikuti taktik machiavelli (machiavellinism) mahupun taktik negara yang kononnya paling berkuasa pada masa ini, AS yang sentiasa mengamalkan dasar meng-instill perasaan takut terhadap rakyat mereka untuk meraih simpati mahupun undi. namun, di manakah pucuk pimpinan kita di masa negara kita menghadapi krisis sebegini rupa?
apakah yang dilakukan oleh mereka-mereka yang telah diangkat dan dijulang malah diberikan tanggungjawab sebagai suara rakyat di Parlimen?mereka seolah2 telah diberikan pisang berbanding tanggungjawab disebabkan oleh cara2 dan/atau sikap mereka2 semasa persidangan. saya hampa apabila kerajaan mengambil langkah untuk menyiarkan persidangan tersebut secara live kerana ianya merupakan satu pengaruh yang buruk malah busuk yang terpaksa ditonton oleh kanak-kanak pelbagai umur dan peringkat. cukuplah dengan apa yang berlaku pada tahun 1998 di mana seluruh dunia sibuk memperkatakan tentang sukan komanwel dan kekaguman mereka dengan stadium2 dan tempat penginapan atlet2 dunia yang disediakan oleh negara kita..kanak2 kita berumur 2 tahun ke atas sibuk melaungkan perkataan "liwat", sodomy" dan sebagainya..
apa yang membimbangkan rakyat jelata dan pemain2 saham di pasaran saham KLSE adalah apa yang akan berlaku kepada Malaysia dalam masa 2 minggu atau 2 bulan dari sekarang?kita tidak perlu pergi sejauh negara Arab untuk mendapat pengajaran kerana negara2 jiran sudah cukup untuk memberikan pengajaran kepada kita.Malaysians are NOT in any way violent. we have a strong foundation of being courteous, loving, war-free, hate-free and berbudi bahasa. and we do not in any way would want to act or behave as what is seen in "world's most SHOCKING videos!".
tetapi seseorang seharusnya bertanya kepada diri sendiri samada adakah adil apabila alegasi demi alegasi dilontarkan kepada pelbagai pihak namun ianya bagaikan disapu kebawah karpet(literal interpretation), namun untuk pihak2 lain?bagaimana?
ini hanyalah soalan2 yang berlegar2 di fikiran saya..kerana pada setiap masa material, pendapat saya terhadap mana2 ahli politik adalah sama..mungkin cara berbeza tetapi selepas tirai ditutup, mereka adalah sama..cuma janganlah bagi rakyat merana sehingga terpaksa membayar duit petrol RM 2.70 seliter (saya tidak mampu untuk makan KFC mulai hari ini!)
fakta atau AUTA
purple is my ultimate passion, being a learned person in the legal sphere is a choice i've made since i was 11 n in 2013 and 2014 I became Maryam Maryssa and Zaynab Madihah's Bonda which explains the blog title :) hvg said all that, i shall consider this tiny place as ~my sanctuary~ just my 2 cents on thgs that surrounds me!how i see thgs, my perspective, my view, my say, deal with it! And also a few tips and tats on motherhood, wifehood n having a toddler and a baby..
Attention!
PERINGATAN: Pemilik blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
No comments:
Post a Comment