Attention!

PERINGATAN: Pemilik blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Sunday, November 23, 2008

hak suami MEMUKUL isteri?

Salam,

just wanted to share something i read in a magazine and thought to myself that husbands n wives should know of this...

Menghukum isteri yang nusyuz oleh Dr. Arieff Salleh Rosman.

...Scr dasarnya Islam memberikan hak kepada suami untuk menghukum isteri, jika isteri mengabaikan tanggungjawabnya terhadap Allah swt atau terhadap hak suami yang diperuntukkan oleh Allah swt.

pengabaian tanggungjawab isteri terhadap Allah --> jika isteri meninggalkan arahan Allah swt, melakukan perkara yang dilarang Allah swt like x tutup aurat apabila keluar rumah, x mahu solat, suka mengumpat or menyakiti hati jiran.

pengabaian isteri terhadap suami --> hak suami diabaikan..apabila isteri tidak mahu mentaati suami dalam perkara yang tidak bercanggah dalam hukum Islam.

seksyen 59(2) Akta Undang-Undang Keluarga Islam(Wilayah-Wilayah persekutuan) 1984,
(tertakluk kepada hukum syarak) seorang isteri tidak berhak mendapat nafkah apabila dia nusyuz...

nusyuz --> (a) apabila dia menjauhkan diri daripada suaminya
(b) apabila dia meninggalkan rumah suami bertentangan dengan kemahuan
suaminya
(c) apabila dia enggan berpindah bersama suaminya ke satu rumah atau tempat lain,
tanpa apa-apa sebab yang sah mengikut Hukum Syarak.

tanggungjawab suami untuk menghukum isteri yang melakukan maksiat atau nusyuz adalah berpandukan al-Quran dan hadith.

Imam Mujahid, seorang pakar ilmu tafsir menjelaskan, "hendaklah kamu wahai para ketua keluarga memberi nasihat kepada ahli keluarga kamu agar mereka takutkan Allah swt dan didiklah mereka."

...namun soalnya bagaimana si suami harus menghukum si isteri?adakah hak ini diberikan secara bebas kepada si suami untuk melakukan apa saja kepada si isteri? adakah suami boleh memukul atau menampar si isteri sesuka hati atau hanya dengan alasan si isteri tidak mahu mendengar kata si suami?

Surah an-Nisa' ayat 34,
"...dan perempuan-perempuan yang kamu bimbang melakukan perbuatan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka dan (jika mereka berdegil) pulaukanlah mereka di tempat tidur dan (kalau juga mereka masih degil) pukullah mereka (dengan pukulan ringan yang bertujuan mengajarnya). Kemudian jika mereka taat kepada kamu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi, lagi Maha Besar."

--> dalam surah ini, Allah swt telah menjelaskan kepada para suami cara-cara untuk menghukum isteri nusyuz.
(1) memberi nasihat; jika masih berdegil
(2) tidak tidur bersama; jika masih berdegil
(3) memukul isteri(dengan pukulan ringan yg bertujuan mengajarnya).

-... dan pakar perundangan Islam menjelaskan bahawa suami perlulah mengikut turutan yang sudah ditetapkan oleh Allah swt.
(suami tidak boleh memukul isteri jika baru pertama kali isteri melakukan kesilapan!!!)

Imam al-Kharqi menjelaskan,"...jika masih melakukan nusyuz(setelah 2 cara sebelumnya gagal) maka suami hendaklah memukul isteri TETAPI BUKAN dengan pukulan yang boleh mencederakan!!)

...Kesimpulannya, Islam mengarahkan suami untuk menghukum isteri yg nusyuz adalah dengan tujuan untuk MENDIDIK, dan BUKAN untuk membalas dendam atau menzalimi!!!

sasha adds:
i just hope more and more women realise this!!IT IS NOT as of right a man can beat the crap out of women!!and in the light of this posting, i hope men can also realise that pukul is just NOT the way, man!!

n jgn senang2 nk menggunakan nama Islam in justifying your cowardly acts!!

1 comment:

aliya said...

Salam Sasha,
Agree with you. I always believe that wives should really know about their rights in Islam and what a marriage actually demands from both husband and wife. I sometimes find the Malay word of 'sabar' misused. Want to find a good loving Muslim husband? Test his patience and knowledge of Islam :)